Saturday, August 7, 2010

Duit kerajaan negeri untuk propaganda Anwar?



Nama Anwar semakin malap. Dunia semakin meninggalkan Anwar walaupun Anwar belum meninggalkan dunia. Anwar tertekan dan dia sendiri mengakuinya. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk memulihkan keadaan ini.

Media barat sudah pun digunakan untuk memulihkan imej Anwar di mata Zionis. Tetapi, ia tidak pula memulihkan kedudukannya di atas platform politik negara.

Anwar perlu menumpukan untuk memulihkan imejnya di dalam negara pula. Sedangkan cakap-cakap sudah tersebar bahawa salah satu ceramah Anwar hanya dihadiri oleh lebih kurang 30 orang sahaja. Keadaan amat buruk bagi Anwar sekarang.

Untuk memulihkan imejnya, Anwar perlu keluar ‘membeli-belah’. Anwar perlu beli penulis, beli media dan beli ‘peralatan’ atau balaci untuk mencipta impak.

Membeli belah perlukan wang. Dana itu memang ada, tetapi memandangkan ‘Tuannya’ masih lagi ragu-ragu dengan pendiriannya terhadap Zionis, maka kita tidak boleh menolak kemungkinan wang itu agak lambat, kurang atau dikawal dengan lebih ketat dari sebelumnya.

Apatah lagi, Tuannya melihat kemungkinan besar kegagalan berada di pihak Anwar di mahkamah, maka dana untuknya mungkin sengaja dipegang sementara sehingga dia dapat membuktikan yang dia masih mampu meneruskan agenda mereka.

Anwar kini terdesak untuk membuktikan yang dirinya adalah pelaburan yang berbaloi bagi Tuannya. Kerana itu, Anwar perlukan wang pendahuluan segera dari pihak lain untuk ‘membeli-belah’.

Maka fahamlah kita kenapa Selangor memerlukan sehingga RM15 juta sekadar untuk menyebar maklumat mengenai perihal pentadbiran Selangor. Rupa-rupanya rancangan licik penasihat kewangan Selangor ini ialah untuk menyalurkan sebahagian dari peruntukan ini untuk memulihkan imejnya sendiri.

Sekali lagi rakyat Selangor dikelentong oleh kerajaan negeri mereka.

Baca seterusnya di Malaysia Instinct sini
sumber : theunspinners

No comments:

Post a Comment