Saturday, August 7, 2010

Halal Oh Halal ... Ya ke?

Pengguna produk Halal di Malaysia adalah sebanyak 60% dari penduduk Malaysia. Pendapatan daripada produk Halal sahaja adalah sekitar RM 1 billion setahun!...

Sumber: Buletin Utama TV3 6.5.2008.
PAU AHMAD DAN MEE SEGERA BISMI


Ramai yang dah tahu ... Pau Ahmad bukan buatan muslim. Dulu masa Pau Ahmad mula-mula keluar di pasaran, kita berkhayal seseorang bernama Pakcik Ahmad yang telah berjaya dalam bidang perniagaan sehinggakan pau dia terpasar di seluruh Malaysia.

Kita pun banggalah ada usahawan Muslim yang berjaya dengan produk makanan yang diyakini halal.

Lepas itu dengar desas-desus, Pau Ahmad bukan Pakcik Ahmad yang buat ... tapi seorang Uncle yang tidak ada bin di namanya. Kita kata "Ek eleh ... itulah Melayu ... asal ada Melayu Islam berjaya, mulalah buat fitnah"

Sekali NTV7 mewawancara tauke Pau Ahmad dalam satu rancangan Mandarin tentang usahawan berjaya di Malaysia, kita terkejut tapir bila melihatkan kilang besar yang menghasilkan Pau Ahmad tidak sama sekali dimiliki oleh seorang Muslim. Pekerja yang buat pau pun bercampur-campur.

[Baca kisah Pau Ahmad sini]

Rupanya produk mee segera BISMI pun di hasilkan oleh kilang yang sama.

Pandangan peribadi saya- saya sebagai pengguna rasa tertipu. Otak dan hati perempuan saya, bila nak beli produk makanan- saya usaha juga cari buatan orang Muslim. Nak bagi anak makan. Cakaplah apa pun pada saya-JAKIM dah yakini halal atau hujah orang lebih bijak agama: situasi darurat dibolehkan/diharuskan beli makanan dari non-muslims...

Hak saya sebagai pengguna adalah untuk membeli produk berjenama muslim dari pengeluar muslim.

Dan si pengeluar bukan Islam TIDAK BERHAK untuk menipu saya dengan penyamaran jenama.Tetapi siapa yang dapat lindungi hak saya?

TABUNG HAJI DAN SILVER BIRD GROUP

Jadinya Tabung Haji yang menyimpan duit-duit tabungan bakal-bakal Pak Haji dan Mak Hajjah telah menandatangani satu memorandum dengan sebuah syarikat bukan Muslim Silver Bird Group Sdn BHd (SBG) untuk melabur dalam pengeluaran makanan halal.


Salah satu produk makanan SBG ialah roti High Five. Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengklasifikasikan roti jenama ini sebelumnya sebagai tidak bersih dan tidak boleh dikategorikan di dalam makanan halal. Boleh lihat website PPIM sebelumnya.

Kalau sebuah perbadanan kewangan Islam itu sendiri lebih galak membantu yang bukan Islam untuk keluarkan makanan halal---siapa yang akan membantu pengeluar-pengeluar makanan Muslim yang berlambak di luar sana yang memerlukan sokongan dana?

[Jawab CEO Dato Ismee yang asyik buat biznes dengan Cina saja. Ini dengar nak ke Johor Corporation. Apa nak jadi Melayu di Johor pulak?]

MIHAS


Kalau tidak silap saya MATRADE akan anjurkan Pameran Halal Antarabangsa - MIHAS pada 10-11 Mei ini.

Petang semalam di dalam rancangan temubual radio IKIM.FM dengan Dr.Zainal (ayam organik) - DJ Radio sendiri mengeluh kerana tapak-tapak expo MIHAS tidak dikuasai oleh Muslim.

Salah siapa kalau pengeluar-pengeluar kecilan Muslims tidak berupaya menguasai tapak expo MIHAS?

HALAL DEVELOPMENT CENTRE (HDC) dan LOGO HALAL


So, sumber-sumber dari MATRDADE menyatakan HDC yang dipengerusikan oleh anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin akan mengambil hak pemberian logo halal kepada pengeluar daripada JAKIM.

Maknanya JAKIM selepas ini tidak lagi bertanggungjawab untuk menentukan dan meluluskan tanda halal pada mana-mana produk makanan.

Adakah logo halal itu akan menjadi produk komersil semata selepas ini? Atau adakah tapisan halal itu semakin baik?

Jadi jangan hairanlah kenapa TV3 beria-ria mengkupas isu halal di dalam Buletin Utamanya..

[Baca Parpukari berkenaan Halal Hub sini]

Petikan dari Stance of Muslimah

1 comment: