Friday, October 30, 2009

MAJU KE KELANTAN?

Apa yang aku nak tulis ni adalah realiti apa yang berlaku di kelantan..Baru-baru Tok Guru Nik Abd Aziz ada menjemput Tun Mahathir datang tengok sendiri kemajuan negeri kelantan. Tapi bagi pendapat aku, tak payah la.sebab Tun Mahathir bukan tak penah datang kelantan masa Tun jadi PM dulu..lagipun ada beberapa lagi aspek yang kerajaan negeri kelantan perlu buat kalau nak iktiraf kelantan ni maju...:-

1) Aku akui MPKB-BRI memang aktif menyaman kereta-kereta yang parking suka hati dalam bandar kota bharu..Tapi berapa banyak sangat parking yang ada dalam kota bharu ni berbanding kereta-kereta yang sibuk cari parking? tu tak kira pelanggan hotel yang kena saman sebab hotel tak da parking.

2) Average gaji disini dalam Rm400 - RM500. Berbanding harga makanan yang mahal nak sama dengan KL plak aku rasa..Kalau ada RM10 jgn harap la nak bawak gewe g makey..Busuk2 kena ada RM15. sebab tu ramai anak muda kelate gi KL dan bandar2 lain. Gaji dengan kos tak padan langsung.

3) air paip..air masih berkarat.nak minum pun takut.kena la beli air mineral nak bancuh kopi o pun (tapi sekarang air dah ok sikit dari dulu).

4) peluang pekerjaan masih tak cukup. ramai graduan dan bukan graduan yang tak ada kerja..memang la sekarang ekonomi meleset..tapi masa ekonomi tak meleset pun sama jugak boh.

5) Yang last sekali attitude..yang ni aku tak nak komen..korang datang sendiri tengok dan try bawa kereta kat sini..nanti krang faham la.


Aku bukan nak blame orang kelantan. kawan2 aku ramai orang kelantan. ini pendapat aku jer..kalau salah aku minta maaf la..ini pendapat peribadi tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang belum mati..