Monday, December 15, 2008

Pilihanraya Kecil (PRK) KUALA TERENGGANU


Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu semakin menjelang. Yang pasti PAS dan UMNO sedang menyiapkan jentera masing-masing untuk 'bergasak' bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.




Pelbagai isu panas akan dilontarkan untuk memancing undi..siapa pemenang bukan isu sekarang. Perpecahan bangsa Melayu pasti semakin parah apabila tiap kali Pilihanraya menjelang. Patutkah kita kembali ke zaman Kesultanan Melayu, di mana Raja-Raja adalah pemimpin utama di negara ini? Perlukah kita menukar kepada sistem monarki yang tidak wujud Pilihanraya?




Tepuk dada tanya selera.. bangsa Melayu tidak akan kuat selagi minda kepartian masih menebal di dalam dada kita. Sampaikan untuk menyembahyangkan jenazah juga perlu mengikut parti. Sampai bila kita akan terus berpecah..? Bagaimana nasib anak cucu kita di masa hadapan..? Jangan sampai yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu..Yang memperoleh emasnya siapa pula..?